bismillahhiRRahmaniRRahim

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Thursday 3 May 2012

Cara Khusyuk Solat


Cara-cara Mengkhusyukkan Sembahyang



  1. Sembahyang berjemaah, (yang paling afdhal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. (memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya’ boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)
  8. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
  9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
  16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.
  18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

No comments:

Post a Comment

Pengisian