Assalamualaikum W.B.T
Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah
Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya
Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah
Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan
Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah
Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis
Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari..
Oleh itu ya Allah, sekiranya sudah tiba jodohku,
aku bermohon kepadamu, kurniakanlah aku seorang wanita muslimah dan solehah,
yang mampu menjaga maruah dan hartaku,
yang mampu membahagiakan keluargaku,
yang mampu berdamping bersamaku sewaktu ditimpa musibah,
serta yang mampu mengajarku tentang mencari keredhaanMU,
Dan aku juga bermohon kepadamu, Kau permudahkanlah dan halalkanlah hubungan ini agar ia tidak terpesong dari jalanmu ya Allah.
justeru itu, bantulah kami supaya dapat bersama-sama mencari keredhaanMu dengan berdasarkan Alquran dan sunnah serta menjalankan hidup bersama didunia mahu pun diakhirat kelak..
insyaAllah..