bismillahhiRRahmaniRRahim

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Wednesday 30 May 2012

AKU menunggu MATAHARI besok...
KAU pula mengharapkan agar MALAM tidak berganti...
Jika inlah jadinya... Hiduplah kau dalam dunia kau...
Dan aku berdoa agar ada sang peneman baru yang sudi bersama2 melihat terbitnya MATAHARI pagi... (=_=)
Hidup tak akan seperti yang kita IMPIkan

Thursday 10 May 2012

Hijrah

hdayah Allah dmana2 shaje, ia brmula dgn lgkah yg prtame..berubahlah..


Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, masih lgi dberikan pluang oleh Allah tuk mnulis lg di blog ni..nmpk gayenye lgi brape hri je lagi tuk aku tgglkan rumah org tua ksygnku..huhu, pas ni aku akan brgkat ke sbuah tmpat di area kajang tuk mlakukan satu urusan yg agak pntg bg aku, ^^ smentare tgh mnggu kputusan result semester 6 dan kputusan kmasukan ke degree ni,bek hbiskan mse dgn perkare2 yg bermanafaat btul x??,huhu..dgn azam yg kuat, ini akan mnjdi satu pnghijrahan bg aku utk mnmbh sdikit ilmu2 agame di slh satu pondok/madrasah di hulu Langat insyaAllah..myb akan smpai brbulan2 lmenye shggelah aidilfitri mnjelme.. byk bnde yg prlu dpelajari oleh diri ini dan rse dade ni trase sgt kosong dgn ilmu2 agama..pape pun, kpd shabat2 dluar sne..nsihat tuk diri dan juga org2 len..brubahlah sblum trlambat..Allah msih lgi mmbuka pntu2 taubat shinggelah hri kiamat kelak..sahabat,slamat berjuang dan doa2kan diri ini k..ya Allah,jdikanlah kami tergolong dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah..Aaminn

Ni ad sdikit info dan maklumat tntg kwsn pngajian trsebut ^__^


jadi sperti ini insyaAllah ^__^

Wednesday 9 May 2012

Kelemahannya


"Seseorang itu tidak akan timbul rasa angkuh pada dirinya, melainkan kerana dia berasa ada kekurangan pada dirinya"
~Umar Al-khattab r.a.

Friday 4 May 2012

Anak aset ke Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Ya Allah..
Adakah kami sudah mampu menjadi anak yang soleh dan solehah
Adakah kami sudah mampu untuk mendoakan kedua ibubapa kami apabila mereka sudah tiada kelak
Adakah kami mampu untuk memandikan jenazah mereka
Adakah kami mampu untuk mengimamkan jenazah mereka
Ketahuilah, diri kami ini masih kerdil dan penuh kealpaan
Ajarkanlah kami ya Allah
Kami mahu menjadi anak yang soleh dan solehah
Ya Allah ya Rabb
Jadikan kami tergolong dari kalangan orang yang soleh dan solehah
Jadikan kami orang yang beriman dan bertaqwa
Kasihilah kami..
:’(
Amin ya Rabb

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"
- Hadis sahih riwayat Abu Daud

Thursday 3 May 2012

Cara Khusyuk Solat


Cara-cara Mengkhusyukkan Sembahyang



  1. Sembahyang berjemaah, (yang paling afdhal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. (memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya’ boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)
  8. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
  9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
  16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.
  18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Wednesday 2 May 2012

Nasihat Sahabat


Apabila musuh engkau datang meminta pandangan, maka hendaklah engkau terus memberikan nasihat kepadanya, kerana kehadirannya untuk mendapatkan pandangan tersebut adalah tanda dia tidak lagi memusuhimu bahkan sudah hampir untuk mengasihimu.
~Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H.

Pengisian