bismillahhiRRahmaniRRahim

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Thursday 26 April 2012

Permudahkanlah Bagi Kami


..Wahai kenangan silam hilanglah kamu ditelan pekat malam kerana aku sedang menanti jiwa yang tersedia dengan rasa cinta pada yang esa, persiapkan aku untuk menempuh segala cubaan yang mendatang aku hanya ingin rasa kecintaan kepada tuhanku, meski hati nuraniku merindui rasa cinta pada hambanya, tanamkan hatiku rasa sabar agar aku tidak bertemu si pemain cinta, yang bisa mematikan rasa kecintaanku pada tuhanku, insyaAllah sampai masa aku akan menikahi dia yang benar untukku, bukan hanya sekadar kata, insyaAllah akan aku kotakan..

Tuesday 24 April 2012

Sabar orang yang dicela

IMAM AS SYA’BI suatu saat dicela oleh seseorang, kemudian beliau pun menanggapi si pencela,”Jika aku seperti yang engkau katakan semoga Allah mengampuniku. Namun jika aku tidak seperti yang engkau katakan semoga Allah mengampunimu.” (Adab Ad Duniya wa Ad Din, hal. 216, karya Imam Al Mawardi)

Demikianlah akhlak ulama terdahulu dalam menghadapi para pencela, tidak membalas dengan mencela.

Mencari ilmu adalah fardu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua pecahan iaitu dunia dan akhirat. Seorang yang berjuang dalam agama Islam, mereka perlulah mementingkan ilmu akhirat kerana barang siapa yang mengejar akhirat, maka dia akan peroleh kedua-duanya dunia dan akhirat. Terdapat satu kata-kata yang penuh makna yang ingin saya tujukan :

“jikalau kamu hendak mencari ilmu akhirat maka ilmu dunia akan datang kepada kamu, dan jikalau kamu hendak mencari ilmu dunia maka ilmu akhirat tidak akan datang kepada kamu”
Ilmu sememangnya adalah wajib bagi kita perolehi didunia ini. Hal ini kerana Baginda saw juga telah menerangkan kewajiban dalam menuntut ilmu didalam sebuah hadis :

Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang islam.”

Maka setiap umat yang bergelar umat baginda saw perlulah mencari ilmu akhirat yang sebenar-benarnya bagi mengelakkan dan mencegah kebatilan yang berada disekeliling masyarakat yang serba moden ini. Muhasabahlah diri sejenak, sedalam mana ilmu akhirat kita berbanding ilmu duniawi yang kita belajar sejak dari sekolah hingga ke universiti. Adakah kedua-duanya seimbang? Atau adakah ilmu duniawi menguasai hidup kita melebihi ilmu ukhrawi? Tepuk dada, tanyalah Iman kita. Punyai ilmu agama tidak bermakna kita tidak boleh menjadi seorang doktor, jurutera, usahawan dan sebagainya. Betulkan persepsi kita dan hayatilah ilmu Islam yang indah dan luas aspeknya. Maka dengan itu, ummah mampu melahirkan doktor, jurutera mahupun usahawan yang soleh dan solehah. Itulah yang terbaik.

Carilah ilmu walaupun sesusah mana sekalipun, dan gunakanlah ilmu itu dalam menyampaikan agama islam. Firman Allah dalam surah At-Taubah [9] : 122

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut didalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Seorang Daie atau yang menyampaikan agama Islam mestilah memerlukan ilmu agama yang tinggi dengan tujuan untuk menyampaikan yang benar dan mengelakkan diri daripada kesesatan yang bakal menimpa mereka. Firman Allah juga mengatakan bahawa orang yang berilmu akan terhindar dari kesesatan dan mengetahui yang mana haq dan yang mana batil :

“..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” – Surah Al-Hajj [22] :54

Ingatlah para-para pejuang muslimin/muslimat, sekali pun kita bercanggah, bergaduh, dan berdebat tentang pendapat masing-masing, renung-renungkan yang kita sebenarnya berdiri dalam satu umat, iaitu umat Rasulullah s.a.w dan kembalilah kepada Al-Quran serta sunnah Baginda s.a.w.

Wallahu’alam bissawab

Selayaknya

"Apabila wanita telah merelakan disentuh oleh lelaki yang bukan halal baginya, maka ingatlah dia bukan wanita yang baik untuk dinikahi." 
- Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Monday 23 April 2012

Menguasai sifat marah

Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah. 


- Nabi Muhammad SAW

Pengisian