bismillahhiRRahmaniRRahim

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Saturday 11 August 2012

Sanah Helwa ya Akhi


Assalamualaikum w.b.t ^^

Alhamdulillah..setinggi2 syukur kepada illahi kerana masih lagi membenarkan aku bernafas didalam bumiNya yang fana yang penuh dengan dugaan dan cubaan. Sukecite ingin dmaklumkan dsini, esok mrupakan hari kelahiran aku yg ke 21 thn tanggal 23 Ramadhan 1433..alhamdulillah..lgi bersyukr krane dpt mnyambutnye pd bulan yg pnuh barakah dan rahmat dari Allah. Sedang usia smakin mnigkat trpikir2 adakah sudah ckup bekalan yg aku ade utk dbawa pergi, bcoz rmai org kata makin usia mnigkat makin dekat dgn ajal..wallahualam, ajal maut sume sdah dtntukan Allah SWT kan?. Terdetik jga dihati, ape yg aku wat slame 21 tahun aku idup kt dunie ni??crnnnkkkk crnnkkkk crrnnnkkk (bunyik cengkerik mnyusul)..hurm..huhu..aku pon x psti ap yg aku wat, dose lbih byk dri pahle atau sbliknye??wallahualam ^^, insyaAllah,pd thun klahiran baru ni, aku berazam dan ingin sntiase bermujahadah dalam berubah kpd kbaikan, brkwn ngn org soleh, mncari ilmu dsmping melwan godaan2 syaitan dan nafsu yg mndtgkan kmungkaran. Bukan senang nk lwn godaan2 yg brmcm2 rupe ni, jln pnyelesaiannya adlh dgn brpose dan solat mlm, huhu..pose bole dpt pahle even bole cegah dri kmungkaran yg ad pd diri dan prskitaran btul x??spe kte x btul kene cepuk ngn aku kang..^^, lek la guro jer..bykkan la pose2 sunat n solat2 mlm..antare yg aku suke ngn fadilat pose sunat ni adlh dri satu hadis hasan Gharib dari riwayat Tirmizi

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.”

Best kan??jdi bykkan la beramal nye sahabat skalian.


Nak jugak share satu perkare brkenaan dgn bulan ramadhan, msti penah dgr dgn lailatul qadar kan?malam qadar yg dkatakan lbih baik dri 1000 bulan, rujukan dari firman Allah dlm surah Al-Qadr ayat 3 yg berbunyi “malam lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan”. Msti sume org nk mrasai dan nk mnikmati mlm ni, tpi hanya Allah sje yg tau bile ia akan dturunkan. Ade care tuk kite mndptkannya dgn ikhtiar bebrpe petua dari imam ghazali iaitu:
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Ok pehe dok??jom belek calendar skg..à(calendar 2012)..kiki,orait jadi 1 Ramadhan 1433 taun ni bersamaan dgn hari sabtu..jdi kalu brsndarkan pd petua imam ghazali mlm qadar insyaAllah akan jatuh pd 23 Ramadhan 1433, kalo dlm calendar barat pula bersamaan dgn 12 Ogos 2012..(fuh!!!hari klahiran aku!!!)Alhamdulillah syukur..mncurah2 nikmat yg ko berikan pd aku ya Allah..harap sgt mlm lailatulqadar jtuh pd hari klahiran aku..huhu..dah2, jgn nk happy2 sgt,lepuk kang..so ini slah satu petua Imam Ghazali,mgkin die salu dpt malam qadar kot..untungnya..huhu..kalo ikut cara nabi kita pula,baginda akan beriktikaf dimasjid pada 10 hari terakhir ramadhan. Lihat rjukan hdis dibwh:
Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata :

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.

[HR. Al-Bukhari no. 2044]

Jadi x heran la bole dpt mlm lailatulqadar tiap2 taun kalu kite tiru cara nabi btul x??(betul cikgu!!murid2 mnjawb dgn pnuh riang)huhu..Jom la sume kite isi spuluh mlm terkhir ramadhan ni dgn byk amal kpdNya. Harap kite sume dpt mnikmati mlm lailatulqadar yg djnjikan Allah tu..insyaAllah..ok stop sini dlu,,kalo pnjg umo ambe naip lgi ye..
Wallahualam wassalam

22 Ramadhan 1433

#sayanakjadianakyangsoleh#

Tuesday 7 August 2012

Saya nak jadi BAIK ^__^





Siapapun awak di masa lalu, itu TIDAK BERMAKNA awak TIDAK BERHAK untuk menjadi SEORANG YANG BAIK, disayangi dan dihormati.. yang berlalu biarkan berlalu, hari ini dan seterusnya, BUKTIKAN.. Awak boleh jadi yang TERBAIK... =)

Sunday 29 July 2012

Keluarga Muslim ^__^



Ibu bapa dan anak ibarat pokok dengan buah,

 jika SIHAT pokoknya, MANISlah buahnya, 

jika SAKIT pokoknya BUSUKlah buahnya kelak.



membina keluarga muslim..insyaALlah












Thursday 26 July 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433 ^^


Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
Ramadhan 1433

Sekali lagi Allah SWT memberikan nikmatNya yang besar kepada hamba-hambaNya iaitu menemukan bulan Ramadhan yang pernuh berkah dan rahmat keatas semua manusia didunia. Sempena bulan yang mulia ini, perbanyakkanlah amalan-amalan dan peliharalah diri daripada melakukan sebarang dosa kerana bulan ini lebih baik daripada 1000 bulan. Gunakan peluang ini,dekatkan diri kepadaNya,beramallah keranaNya,dan menangislah kerana dosa kita kepadaNya. Ahlan ya Ramadhan.

Syukur Alhamdulillah Allahurabbi..^^

Mari dengarkan pengisian daripada khutbah Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan bulan ramadhan.

"Wahai Manusia! datang pada kalian bulan ALLAH, dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia disisi ALLAH.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.......
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.......
Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
INILAH bulan ketika kamu diundang menjadi tamu ALLAH dan dimuliakan oleh-Nya.
Di bulan ini nafas-nafas mu menjadi tasbih.....
Tidurmu ibadah,....
Amal-amalmu diterima.....
Doa-doa mu diijabah.
Bermohonlah kepada ALLAH Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar ALLAH membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca kitab-Nya.....

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan ALLAH dibulan yang agung ini.......
Kenanglah drngan rasa lapar dan hausmu di hari Kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqarah dan miskin.
Muliakanlah orang tuamu,sayangilah yang muda,sambungkanlah tali persaudaraanmu,jaga lidahmu....
Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya,dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihanilah anak-anak yatim,niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika ALLAH Azza Wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih....

"Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya.menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya"...

Wahai manusia! sesungguhnya dirimu tergadai kerana amal-amalmu,maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung mu berat kerana beban dosamu,maka ringankanlah ia dengan memperpanjangkan sujudmu.

"PERSIAPKAN DIRI KITA UNTUK MENYAMBUT BULAN YANG PALING MULIA"

"RAMADHAN KAREEM"

(HR.Ibnu Huzaimah)


MARHABAN YA RAMADHAN....

Sunday 15 July 2012

Layar Keinsafan - Mestica


Layar Keinsafan - Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Wednesday 30 May 2012

AKU menunggu MATAHARI besok...
KAU pula mengharapkan agar MALAM tidak berganti...
Jika inlah jadinya... Hiduplah kau dalam dunia kau...
Dan aku berdoa agar ada sang peneman baru yang sudi bersama2 melihat terbitnya MATAHARI pagi... (=_=)
Hidup tak akan seperti yang kita IMPIkan

Thursday 10 May 2012

Hijrah

hdayah Allah dmana2 shaje, ia brmula dgn lgkah yg prtame..berubahlah..


Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, masih lgi dberikan pluang oleh Allah tuk mnulis lg di blog ni..nmpk gayenye lgi brape hri je lagi tuk aku tgglkan rumah org tua ksygnku..huhu, pas ni aku akan brgkat ke sbuah tmpat di area kajang tuk mlakukan satu urusan yg agak pntg bg aku, ^^ smentare tgh mnggu kputusan result semester 6 dan kputusan kmasukan ke degree ni,bek hbiskan mse dgn perkare2 yg bermanafaat btul x??,huhu..dgn azam yg kuat, ini akan mnjdi satu pnghijrahan bg aku utk mnmbh sdikit ilmu2 agame di slh satu pondok/madrasah di hulu Langat insyaAllah..myb akan smpai brbulan2 lmenye shggelah aidilfitri mnjelme.. byk bnde yg prlu dpelajari oleh diri ini dan rse dade ni trase sgt kosong dgn ilmu2 agama..pape pun, kpd shabat2 dluar sne..nsihat tuk diri dan juga org2 len..brubahlah sblum trlambat..Allah msih lgi mmbuka pntu2 taubat shinggelah hri kiamat kelak..sahabat,slamat berjuang dan doa2kan diri ini k..ya Allah,jdikanlah kami tergolong dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah..Aaminn

Ni ad sdikit info dan maklumat tntg kwsn pngajian trsebut ^__^


jadi sperti ini insyaAllah ^__^

Wednesday 9 May 2012

Kelemahannya


"Seseorang itu tidak akan timbul rasa angkuh pada dirinya, melainkan kerana dia berasa ada kekurangan pada dirinya"
~Umar Al-khattab r.a.

Friday 4 May 2012

Anak aset ke Syurga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Ya Allah..
Adakah kami sudah mampu menjadi anak yang soleh dan solehah
Adakah kami sudah mampu untuk mendoakan kedua ibubapa kami apabila mereka sudah tiada kelak
Adakah kami mampu untuk memandikan jenazah mereka
Adakah kami mampu untuk mengimamkan jenazah mereka
Ketahuilah, diri kami ini masih kerdil dan penuh kealpaan
Ajarkanlah kami ya Allah
Kami mahu menjadi anak yang soleh dan solehah
Ya Allah ya Rabb
Jadikan kami tergolong dari kalangan orang yang soleh dan solehah
Jadikan kami orang yang beriman dan bertaqwa
Kasihilah kami..
:’(
Amin ya Rabb

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"
- Hadis sahih riwayat Abu Daud

Thursday 3 May 2012

Cara Khusyuk Solat


Cara-cara Mengkhusyukkan Sembahyang



  1. Sembahyang berjemaah, (yang paling afdhal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. (memakan seekor semut mematikan hati 40 hari).
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
  5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
  7. Sembahyang di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka sembahyang isya’ boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)
  8. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
  9. Mengingatkan mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al Quran dan segala zikir.
  13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat kepada Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.
  14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
  15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
  16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud.
  17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.
  18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
  19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

Wednesday 2 May 2012

Nasihat Sahabat


Apabila musuh engkau datang meminta pandangan, maka hendaklah engkau terus memberikan nasihat kepadanya, kerana kehadirannya untuk mendapatkan pandangan tersebut adalah tanda dia tidak lagi memusuhimu bahkan sudah hampir untuk mengasihimu.
~Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H.

Thursday 26 April 2012

Permudahkanlah Bagi Kami


..Wahai kenangan silam hilanglah kamu ditelan pekat malam kerana aku sedang menanti jiwa yang tersedia dengan rasa cinta pada yang esa, persiapkan aku untuk menempuh segala cubaan yang mendatang aku hanya ingin rasa kecintaan kepada tuhanku, meski hati nuraniku merindui rasa cinta pada hambanya, tanamkan hatiku rasa sabar agar aku tidak bertemu si pemain cinta, yang bisa mematikan rasa kecintaanku pada tuhanku, insyaAllah sampai masa aku akan menikahi dia yang benar untukku, bukan hanya sekadar kata, insyaAllah akan aku kotakan..

Tuesday 24 April 2012

Sabar orang yang dicela

IMAM AS SYA’BI suatu saat dicela oleh seseorang, kemudian beliau pun menanggapi si pencela,”Jika aku seperti yang engkau katakan semoga Allah mengampuniku. Namun jika aku tidak seperti yang engkau katakan semoga Allah mengampunimu.” (Adab Ad Duniya wa Ad Din, hal. 216, karya Imam Al Mawardi)

Demikianlah akhlak ulama terdahulu dalam menghadapi para pencela, tidak membalas dengan mencela.

Mencari ilmu adalah fardu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua pecahan iaitu dunia dan akhirat. Seorang yang berjuang dalam agama Islam, mereka perlulah mementingkan ilmu akhirat kerana barang siapa yang mengejar akhirat, maka dia akan peroleh kedua-duanya dunia dan akhirat. Terdapat satu kata-kata yang penuh makna yang ingin saya tujukan :

“jikalau kamu hendak mencari ilmu akhirat maka ilmu dunia akan datang kepada kamu, dan jikalau kamu hendak mencari ilmu dunia maka ilmu akhirat tidak akan datang kepada kamu”
Ilmu sememangnya adalah wajib bagi kita perolehi didunia ini. Hal ini kerana Baginda saw juga telah menerangkan kewajiban dalam menuntut ilmu didalam sebuah hadis :

Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang islam.”

Maka setiap umat yang bergelar umat baginda saw perlulah mencari ilmu akhirat yang sebenar-benarnya bagi mengelakkan dan mencegah kebatilan yang berada disekeliling masyarakat yang serba moden ini. Muhasabahlah diri sejenak, sedalam mana ilmu akhirat kita berbanding ilmu duniawi yang kita belajar sejak dari sekolah hingga ke universiti. Adakah kedua-duanya seimbang? Atau adakah ilmu duniawi menguasai hidup kita melebihi ilmu ukhrawi? Tepuk dada, tanyalah Iman kita. Punyai ilmu agama tidak bermakna kita tidak boleh menjadi seorang doktor, jurutera, usahawan dan sebagainya. Betulkan persepsi kita dan hayatilah ilmu Islam yang indah dan luas aspeknya. Maka dengan itu, ummah mampu melahirkan doktor, jurutera mahupun usahawan yang soleh dan solehah. Itulah yang terbaik.

Carilah ilmu walaupun sesusah mana sekalipun, dan gunakanlah ilmu itu dalam menyampaikan agama islam. Firman Allah dalam surah At-Taubah [9] : 122

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut didalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Seorang Daie atau yang menyampaikan agama Islam mestilah memerlukan ilmu agama yang tinggi dengan tujuan untuk menyampaikan yang benar dan mengelakkan diri daripada kesesatan yang bakal menimpa mereka. Firman Allah juga mengatakan bahawa orang yang berilmu akan terhindar dari kesesatan dan mengetahui yang mana haq dan yang mana batil :

“..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” – Surah Al-Hajj [22] :54

Ingatlah para-para pejuang muslimin/muslimat, sekali pun kita bercanggah, bergaduh, dan berdebat tentang pendapat masing-masing, renung-renungkan yang kita sebenarnya berdiri dalam satu umat, iaitu umat Rasulullah s.a.w dan kembalilah kepada Al-Quran serta sunnah Baginda s.a.w.

Wallahu’alam bissawab

Selayaknya

"Apabila wanita telah merelakan disentuh oleh lelaki yang bukan halal baginya, maka ingatlah dia bukan wanita yang baik untuk dinikahi." 
- Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Monday 23 April 2012

Menguasai sifat marah

Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah. 


- Nabi Muhammad SAW

Wednesday 21 March 2012

De Hearty - Permata yang Dicari

Permata yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu





Gratisan Musik

Sunday 19 February 2012

Itulah yang dimaksudkan dengan Zina Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Zina Hati


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!
Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
 
عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً


Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.
 
Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).
Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.
Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.
Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:


وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).



P/s : copy n paste je ni,huhu.jadi tidak slh untuk kite merindui seseorg...semoga dapat ambil iktibar bersama2..insyaAllah

Saturday 4 February 2012

Jodoh utk ku..InsyaAllah

    Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Sunday 15 January 2012

Itulah pilihanku..

Assalamualaikum W.B.T

Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan
Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari..

Oleh itu ya Allah, sekiranya sudah tiba jodohku,
aku bermohon kepadamu, kurniakanlah aku seorang wanita muslimah dan solehah,
yang mampu menjaga maruah dan hartaku,
yang mampu membahagiakan keluargaku,
yang mampu berdamping bersamaku sewaktu ditimpa musibah,
serta yang mampu mengajarku tentang mencari keredhaanMU,

Dan aku juga bermohon kepadamu, Kau permudahkanlah dan halalkanlah hubungan ini agar ia tidak terpesong dari jalanmu ya Allah.
justeru itu, bantulah kami supaya dapat bersama-sama mencari keredhaanMu dengan berdasarkan Alquran dan sunnah serta menjalankan hidup bersama didunia mahu pun diakhirat kelak..
insyaAllah..


Pengisian